Pada suatupagi, bertanya si isteri pada si suami:
Isteri : Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?
Suami : Kenapa?
Isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami
dia akan cium isterinya. Bila pulang kerja, dia akan
berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving
betullah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?
Suami : Nak mampus... Mana abang kenal isteri dia?"
**********************************************************************
Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2
ekor burung kakak tua. Kedua burung itu berbeza,
yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanya
diam saja, datang seorang lelaki ingin membeli
burung kakak tua.
Pembeli berkata kepada si penjual burung.
Pembeli : Berapa harga burung kakak tua
ini...??
Penjual: Kalau yang suka menyanyi itu RM500,
sedangkan yang diam itu RM1000.
Pembeli: Ahhh...?? Kenapa yang suka menyanyi
lebih murah dari yang diam.
Penjual: Yaa... memang berbeza, yang berharaga
RM1000 itu ialah pencipta lagunya.
********************************************************************
Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya
kacau-bilau... suatu hari dia terlanggar seorang
pelancong US ketika berjalan² di The mall.
Gadis : " I'm sorry "
Pelancong : " I'm sorry, too "
Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham
apa yang diperkatakan oleh pelancong itu.. dia
meneka2 dan terus menjawab..
Gadis : " I'm sorry. three "
Pelancong : " What are you sorry for? "
Gadis : " I'm sorry, five "
Pelancong: "Are you sick?"
Gadis : " I'm sorry, seven "
Pelancong: @!#% confused??????
**********************************************************************
Azilla menyampaikan hasrat hatinya kepada
bapanya untuk berkahwin dengan Shukor, Jejaka
pilihannya yang juga adalah jiran dan teman
sepermainannya sejak kecil lagi.
Azilla: Ayah, Shukor melamar saya. Kami mahu berkahwin.
Ayah: Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Shukor.
Azilla: Tapi mengapa?
Ayah: (Separuh berbisik) Kerana Shukor sebenarnya adalah abangmu. Tapi, jangan beritahu ibumu ye!
Terkejut dengan jawapan itu, Azilla pergi pula
kepada ibunya.
Azilla: Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Shukor.
Ibu: Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk
Shukor.
Azilla: Tapi kata ayah, Shukor itu abang saya. Adik beradik kan tak boleh kahwin.
Ibu: (Separuh berbisik) Hmmm.... Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.
Azilla: Ha!!??!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan