KUALA LUMPUR: Sempena program 'Earth Hour' yang dijangka disambut 1,234 bandar seluruh dunia membabitkan satu bilion penduduk, Kementerian Wilayah Persekutuan menganjurkan langkah memadamkan lampu di ibu kota, Putrajaya dan Labuan pada 28 Mac ini.
Ketua Setiausaha kementeriannya, Datuk Ahmad Phesal Talib, berkata pada hari berkenaan warga ketiga-tiga Wilayah Persekutuan itu digalakkan memadamkan lampu premis, bangunan dan kediaman mereka selama sejam bermula jam 8.30 malam.
Menurutnya, program inisiatif Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) itu bertujuan menunjukkan kerjasama dan kesepakatan dalam menangani isu perubahan iklim global.
“Program ini diharap dapat memberi gambaran kepada dunia bahawa rakyat Malaysia mengambil berat mengenai bumi walaupun dengan cara mudah (padam lampu),” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan