Jumaat, 20 Mac 2009

susah dan senang!!!

Ramai yang sangka, senang bila menjadi senang, tapi mereka tidak tahu betapa susah nak jadi senang. Memang susah pun nak jadi senang! Ramai yang nak senang, dan tiada seorang pun yang nak jadi susah, sebab memang susah bila jadi susah ni. Yang dah senang pun masih nak senang, apatah lagi yang susah sememangnya nak jadi senang.

Ramai yang senang asalnya dulu pun susah. Puas bersusah payah, akhirnya dapat hidup bersenang lenang. Namun, ada juga yang senang hasil daripada kesusahan orang lain. Mereka sanggup menyusahkan orang lain demi kesenangan mereka sendiri. Tak senang melihat kesenangan orang lain.

Walau apapun, nak cari kesenangan janganlah sampai menyusahkan orang lain. Biarlah senang hasil susah payah kita sendiri. Berpeganglah pada pepatah ¿bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian¿.

Wahai pembaca-pembaca sekalian, senang ke korang semua nak faham apa yang aku tulis ni??? Ah!! Korang susah apa? Aku yang susah perah otak, perah kain dan sewaktu dengannye nak carik idea! Korang senang tinggal tengok dan bace je!!! Amboi, senangnye hidup korang, Eh???he¿.he¿.he¿.:-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan